fbpx

[VIDEO] Tiga ekor Pak Belang hantui Orang Asli di Pos Bihai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar seekor harimau belang yang berjaya dirakam oleh penduduk Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Kira-kira 70 buah keluarga Orang Asli di tiga buah kampung di Pos Bihai di sini bimbang dengan ancaman tiga ekor harimau belang yang didakwa masih bebas berkeliaran di kawasan perkampu­ngan mereka sejak Jumaat lalu.

Kelibat harimau itu dilihat berada di kawasan Kampung Remau, Kampung Bayor dan Kampung Bujok di sini menyebabkan kebanyakan penduduk di kampung itu tidak berani untuk melakukan aktiviti termasuk mencari hasil hutan dan sumber makanan.

Seorang penduduk Kampung Remau, Hassan Achoi, 55, berkata, sebanyak 17 keluarga di kampung itu telah berpindah ke kampung Tendrik selepas melihat tiga ekor harimau itu yang berada di sekitar kawasan penempatan mereka.

“Kami melihat sendiri harimau itu yang bersaiz sangat besar dan kesan tapak kakinya yang lebar.

“Sebelum berlaku kejadian tidak diingini, lebih baik kami berpindah ke kampung lain dahulu kerana bimbang dengan peristiwa seorang penduduk yang dicakar harimau pada awal bulan Julai lalu berulang kembali,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Tendrik, Pelinejon Assut, 38, juga berharap pihak berkuasa dapat menangkap harimau belang itu dengan segera dan memberi bantuan sewajarnya kepada penduduk terjejas.

Katanya, anggota Jabatan Perhilitan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah ke kampung itu untuk melakukan siasatan dan usaha menangkap harimau itu masih dijalankan termasuklah dengan memasang perangkap.

Sebelum ini, seorang pekebun Orang Asli Adin Andok, 48, yang tinggal di Kampung Badak, Pos Bihai di sini parah dicakar harimau betina yang digelar Syamilla Bihai ketika berada di kebun ubi kayunya pada pukul 3 petang, 5 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI