fbpx

Separuh aset Sajat dilelong RM132,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam, Zeti (tengah) mewakili plaintif, OWA Resources Sdn. Bhd, Nurwati (kanan) selepas selesai proses lelongan aset milik Sajat di kediamannya dekat Jalan Polo, Kota Damansara di sini hari ini. /FOTO AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Seorang lelaki berjaya membida sebahagian barang-barang dalam proses lelongan milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat pada harga RM132,000 di kediamannya dekat Jalan Polo, Kota Damansara di sini hari ini.

Salah seorang peguam Zeti Zukifili mewakili plaintif, OWA Resources Sdn. Bhd berkata, bidaan lelongan awam itu bermula daripada harga RM77,600 sebelum berakhir pada harga RM132,000.

“Seramai lapan orang mula membida pada pukul 10.30 pagi tadi dan pembida yang berjaya menawarkan harga paling tinggi perlu membeli semua barang lelongan sekali gus.

“Proses lelongan disertai lapan pembida berakhir dengan tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dan harga terakhir barangan diputuskan pada harga RM132,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, set yang dilelong dalam bentuk perabot seperti set barangan dapur, sofa, almari, piano bernilai RM40,000 dan set bilik tidur di tingkat atas kediaman banglo dua tingkat berkenaan bakal dimiliki pembida setelah selesai proses pembayaran dalam bentuk tunai.

“Lebih kurang 40 barangan berjaya dilelong hari ini bernilai RM132,000 dan bakal dimiliki seorang pembida lelaki dikenali sebagai Muhammad Syazwan,” katanya.

Jelasnya, jumlah RM132,000 dipercayai masih belum cukup untuk membayar lebihan wang pampasan yang gagal dibayar Sajat.

“Jumlah itu masih belum ditolak dengan denda mahkamah menjadikan baki pampasan lebih kurang RM50,000, jadi pihak kami perlu menilai semula langkah yang bakal dilakukan selepas ini.

“Selepas selesai proses, kita akan mengira semula jumlah baki yang perlu diselesaikan dan jika baki itu tidak mencukupi, kami akan menjalankan satu lagi proses bagi mencari jalan penyelesaian kes ini,” katanya.

Menurut Zeti, semua barangan yang dilelong perlu dikeluarkan serta merta dari kediaman hari ini mengikut arahan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam. – K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI