fbpx

Sekolah laksana program kesedaran gejala buli bermula Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah melaksanakan program kesedaran mengenai buli pada minggu pertama sesi penggal ketiga persekolahan Januari ini.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, langkah segera bagi menangani isu buli di sekolah itu akan dilaksanakan bersama pegawai perhubungan sekolah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“KPM sentiasa memandang serius isu buli yang melibatkan murid sekolah dibawah KPM dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab demikian kepada soalan Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) tentang usaha KPM bagi menangani kes buli di sekolah khususnya di asrama.

Terdahulu, Radzi berkata, KPM sedang merangka satu kerangka menyeluruh bagi membanteras buli di sekolah termasuk dalam kalangan murid asrama.

Menurut beliau, kerangka baharu itu membabitkan pengukuhan dan penambahbaikan pendekatan sedia ada dengan tumpuan kepada empat komponen utama iaitu penyedaran, pelaporan, penghukuman dan pemantauan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI