fbpx

Ramai tersentuh Ebit bantu gelandangan di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit melawat dan menghulurkan sumbangan kepada gelandangan yang tinggal di dalam khemah diperbuat daripada plastik.

PETALING JAYA – Perkongsian terkini pendakwah terkenal,  Ebit Lew mengenai keadaan gelandangan di Brazil meruntun jiwa pengguna media sosial.

Ebit melalui hantaran terbaharunya di Facebook hari ini berkongsi bagaimana keadaan beberapa gelandangan yang hidup dalam serba kekurangan di sebuah bandar di Brazil.

“Sedih rasa. Dari semalam perasan dekat luar tingkap hotel saya ada beberapa anak kecil berlari-lari dan tidur dalam khemah plastik. Hari ini hujan lebat sahaja.

“Tengok khemah itu terbang. Mereka berlari betulkan khemah plastik. Sedih rasa. Mereka semua masuk dalam khemah. Saya pergi beli makanan dan baju-baju dan keperluan lain. Pergi tengok khemah mereka,” katanya.

Ebit berkata, di khemah itu terdapat beberapa orang individu termasuk tiga orang bayi, tiga orang wanita dewasa dan beberapa orang remaja perempuan.

“Setiap hari mereka tidur disini. Berat ujianmu anak. Mereka gembira bila kami ziarah mereka. Senyum je. Saya jadi tak lena memikirkan kasihan mereka. Hari ini hujan lebat sahaja.

“Walau dapat ukir sedikit senyuman pada mereka terasa gembira. Semoga Allah jaga mereka semuanya,” ujarnya.

Ebit turut meluahkan rasa syukur kerana usaha membantu di Malaysia diteruskan sedikit sebanyak seperti biasa oleh pasukannya dan pihak-pihak lain.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak selain bersyukur dengan kehidupan masing-masing.

“Terasa berat sangat mata memandang, bahu yang memikulnya lagi lah. Semoga Allah permudahkan urusan-urusan Ustaz dan sahabat-sahabat semua,” kata Rie Isme.

“Ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan,” kata Faridah.

“Terasa mewah tinggal di Malaysia bila lihat keadaan sebegini,” kata Aim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI