fbpx

PRN Sarawak: 83 peratus sudah keluar undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang membuang undi di sebuah pusat pengundian, hari ini. /FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI.

KUCHING- Jumlah pengundi awal menunaikan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini mencatatkan prestasi positif dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), angka itu dicatatkan setakat pukul 2 petang tadi.

Dalam pada itu, sebanyak 30 lokasi undi awal telah ditutup setakat pukul 2 petang tadi manakala kira-kira 55 lagi pada pukul 5 petang nanti.

Antara lokasi pusat undi awal yang sudah ditutup ialah Kompleks Kediaman Polis di Tabuan Jaya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI