fbpx

PRN Sarawak: 23,043 pengundi awal mula buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota ATM di Kem Muara Tuang beratur sebelum memasuki pusat mengundi awal hari ini.

KOTA SAMARAHAN – Seramai 23,043 pengundi awal membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 mula membuang undi pagi ini.

Daripada jumlah itu, seramai 10,458 merupakan anggota dan pegawai polis serta pasangan, manakala selebihnya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebanyak 85 pusat mengundi awal dibuka pada PRN edisi kali ini bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan Kosmo! di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang di sini mendapati rata-rata anggota dan pegawai ATM mula tiba di pusat undi seawal pukul 7.30 pagi tadi.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, pengundi perlu melalui satu kaunter khas terlebih dahulu untuk semakan suhu dan saluran sebelum masuk ke dewan mengundi.

Antara turut membuang undi ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain dan isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI