fbpx

PRN Sarawak: 17 peratus keluar undi setakat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konstabel Mohamad Hakaman Mohamad Salleh yang berkerusi roda menunjukkan jarinya yang dicelup dengan dakwat khas selepas membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Badminton Kompleks Kediaman Balai Polis Tabuan Jaya, Kuching hari ini. -MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING- Sebanyak 17 peratus pengundi awal dilaporkan telah menunaikan kewajipan membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat pukul 9 pagi tadi.

Peratus itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi.

“Statistik keluar mengundi awal bagi PRN Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-12 pada jam 9 pagi ialah sebanyak 17 peratus,” katanya.

Terdahulu, seramai 23,043 pengundi awal membabitkan 69 kawasan DUN mula membuang undi pagi ini.

Daripada jumlah itu, seramai 10,458 merupakan anggota dan pegawai polis serta pasangan, manakala selebihnya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia.

Anggota polis beratur untuk membuang undi semasa tinjauan undian awal sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Badminton Kompleks Kediaman Balai Polis Tabuan Jaya, Kuching hari ini.-MUHAMAD IQBAL ROSLI

Sebanyak 85 pusat mengundi awal dibuka pada PRN edisi kali ini bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI