fbpx

PPM rampas arak tiruan bernilai RM49,049.03

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek yang ditahan di premis arak tiruan di Kampung Teratai Bukit Serampang, Ledang, di sini semalam.

TANGKAK – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Johor berjaya merampas minuman keras bernilai kira-kira RM49,049.03 dalam satu serbuan Op. Kontraban di Kampung Teratai Bukit Serampang, Ledang dekat sini awal pagi semalam.

Timbalan Komander (PPM) Wilayah Dua, Superintendan Noor Azman Jamal berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari PPM Wilayah Dua kira-kira pukul 2 pagi hasil daripada maklumat awam.

“Pasukan serbuan telah menahan tiga orang lelaki dewasa tempatan berumur 18 hingga 32 tahun dan telah merampas sejumlah 468.92 liter minuman yang disyaki tidak mempunyai cukai kastam bernilai RM49,049.03.

“Turut dirampas, peralatan untuk memproses arak dan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza yang dipercayai digunakan dalam sindiket pengedaran arak seludup tersebut.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 76,049.03,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Memperbaharui undang-undang (penghapusan samsu gelap). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI