fbpx

Penganggur dakwa dapat pil kuda daripada ‘Apis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis syabu dan pil kuda yang dirampas selepas menahan penganggur terbabit kelmarin. /FOTO IHSAN PDRM

PASIR MAS – Polis merampas sebanyak 150 gram syabu dan 190 biji pil kuda selepas menahan seorang penganggur di tepi jalan di Kampung Binjai Kangkong, di sini kelmarin.

Suspek yang berusia 32 tahun itu dicekup kira-kira pukul 9.50 malam semasa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, anggota polis terus membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek sebelum menjumpai beg silang yang dipakainya.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas beg itu telah menjumpai dadah jenis syabu seberat 150 gram dan 190 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM24,400.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Siasatan awal mendapati, suspek mengaku dadah tersebut adalah miliknya dan dia mendakwa mendapatkan bekalan daripada lelaki yang dikenali sebagai Apis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, polis sedang giat mengesan Apis bagi membantu siasatan berhubung rampasan dadah itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI