fbpx

Pegawai bomba teruja sambut hari lahir isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL JANNAH (tengah) menyiram pusara Allahyarham Mohd. Firdaus (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng, Ampangan, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang pegawai bomba seolah-olah tahu ajalnya semakin hampir apabila sempat menyambut hari lahir isterinya pada 9 Di­sember lalu.

Kata isteri Allahyarham Mohd. Firdaus Sulaiman, 32, arwah bia­sanya akan menyambutnya beberapa hari selepas hari jadinya tetapi kali ini ia disambut pada hari berkenaan.

“Tahun ini dia (arwah) beria-ia sangat, saya tidak sangka itu adalah kali terakhir,” jelas Nurul Jannah Abdul Hamid Khan, 29.

Allahyarham me­ninggal dunia semalam setelah bertarung nyawa akibat parah terkena letupan sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Johor pada Sabtu lalu.

Tambah Nurul Jannah sebelum berlaku kejadian letupan itu dia ada menelefon arwah untuk menghantar makanan pagi itu.

Mohd. Firdaus

“Dia (arwah) kata tidak tahu akan balik lagi ke tidak, sedang­kan makanan itu sudah dibeli dan kebetulan saya berada dekat balai (bomba).

“Tetapi selepas sejam baru dapat tahu kejadian letupan (melibatkan suami),” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng, Ampangan di sini semalam.

Jelas Nurul Jannah, hajat dia dan suami berpindah ke rumah baharu yang dibelinya di Segamat, Johor bulan ini juga tidak kesam­paian.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aisy Alisha,3.

Dalam kejadian Sabtu lalu itu, Mohd Firdaus dan anggota pasukan tindakan kecemasan kilang, Mohamad Azuraini Mahrani, 40, cedera parah, manakala seorang lagi pegawai bomba, Syed Putra Syed Mohd. Al Atas, 52, melecur.

Mohamad Azuraini turut me­ninggal dunia semalam.

Dalam pada itu, Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, Allahyarham dinaikkan pangkat ke gred KB 22.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI