fbpx

[VIDEO] Orang ramai serbu rumah Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam berkumpul di hadapan rumah Sajat untuk acara lelongan di Kota Damansara, hari ini.

PETALING JAYA – Rumah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang terletak di Kota Damansara di sini diserbu orang ramai yang mahu menyertai acara lelongan barang-barang milik usahawan kontroversi itu.

Pendaftaran untuk mereka yang mahu menyertai acara itu dibuka pada pukul 10.30 pagi dan ditutup 15 minit kemudian.

Berita berkaitan: Separuh aset Sajat dilelong RM132,000

Rata-rata orang ramai yang hadir kecewa kerana pendaftaran sudah ditutup.

Pihak ejen menetapkan deposit sebanyak RM5,000 semasa mendaftar bagi mereka yang mahu menyertai acara tersebut.

Berita berkaitan: Sajat duduk Australia tetap boleh kena bankrap

Setakat ini, hanya lapan pembida yang mendaftar untuk membeli lebih 30 barangan yang akan dilelong hari ini.

Berita berkaitan: Harta Sajat diarah sita dan dijual

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur sanggup membawa bayi untuk menyertai acara lelongan tersebut.

“Saya berasa kecewa tak ada rezeki nak beli (barang) sebab datang lambat dan tidak dibenarkan masuk,”

“Saya berminat nak beli beg tangan berjenama dan lampu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI