fbpx

Mbappe unggul ledak jaringan ke-100 di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE meledak kedua-dua gol PSG ketika menewaskan kelab lamanya, Monaco pada aksi Ligue 1 awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino menyeru agar barisan pemain tidak merasa selesa dengan kejayaan menewaskan pasukan AS Monaco 2-0 untuk melebarkan jurang mata dalam kempen Ligue 1 Perancis musim ini.

Pada perlawanan di Stadium Parc des Princes, penyerang utama, Kylian Mbappe menjadi duri dalam daging buat Monaco de­ngan meledak dua gol sekali gus merekodkan jaringan ke-100 ke­seluruhan bersama pasukan PSG.

Kata Pochettino, kemenangan itu adalah satu petanda positif selepas pasukan mempamerkan aksi dominan tetapi dalam masa yang sama prestasi pemain masih lagi perlu dipertingkatkan khususnya di jentera serangan.

“Saya rasa jentera serangan kami masih belum dapat membentuk keserasian yang mantap dan disebabkan itu kami hanya mampu mencipta dua peluang sahaja sepanjang 90 minit perlawanan yang saya rasa belum mencukupi.

“Justeru, saya harap beberapa kelemahan tersebut dapat diperbaiki pada masa akan datang dan saya tidak mahu pasukan merasa selesa meskipun kita sedang mendahului carta liga ketika ini dengan kutipan mata yang agak selesa.

“Apa yang pasti, pujian juga wajar diberikan kepada Mbappe yang bijak menyudahkan peluang terhidang selain benteng pertahanan kami yang agak kebal dalam mengekang asakan yang cuba dilakukan oleh pasukan lawan,” kata Pochettino.

PSG berada dalam landasan terbaik untuk kembali merampas gelaran liga musim ini selepas gagal berbuat demikian edisi sebelumnya apabila pasukan kurang ternama, Lille muncul juara buat pertama kali sejak 2011. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN