fbpx

Lelaki beri pernafasan mulut ke mulut pada monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prabhu cuba menghidupkan semula monyet itu dengan memberikannya proses bantuan pernafasan (CPR). – SWNS

NEW DELHI  – Seorang lelaki menerima pujian kerana menyelamatkan seekor monyet yang cedera dengan memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut pada haiwan tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Klip video yang dirakam oleh penduduk kampung menunjukkan monyet itu terbaring tidak sedarkan diri di atas tanah. Ketika itu, seorang lelaki dikenali sebagai M Prabhu tampil untuk memberikan pertolongan cemas.

Monyet berusia lapan bulan itu didakwa diserang oleh sekumpulan anjing liar dalam kejadian di negeri Tamil Nadu, selatan India pada 9 Disember lalu. 

Selepas beberapa minit berusaha, monyet itu sedar dan bernafas semula. Haiwan itu kelihatan lemah dalam pelukan Prabhu.

“Kami berada di jalan Perambalur-Ariyalur ketika keadaannya semakin teruk. Saya bimbang dengan keadaannya dan memutuskan untuk membawanya ke hospital veterinar selepas monyet itu tidak mahu minum air.

‘’Saya bertuah kerana berada di sana tepat pada masanya dan menyelamatkan monyet  itu,’’ kata Prabhu.

Monyet itu kemudian diberi glukosa dan vaksin dan kini semakin pulih.

Prabhu berkata, dia belajar pertolongan cemas pada 2010 dan ‘gembira’ dapat mempraktikkannya.

Bagaimanapun, seorang petugas paramedik memberi amaran: ‘’Dia mungkin dijangkiti jika kera itu digigit oleh anjing yang mendapat penyakit anjing gila.’’ -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI