fbpx

Lapan rappers gegarkan Dua Puluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASIL kerjasama Playaz dan Def Jam Malaysia, lapan rappers muda tanah air bergabung menerusi lagu Dua Puluh. – Faiz Alif Ahmad Zubir

SELEAPAS kejayaan single Playaz pada tahun lalu, tahun ini jenama pakaian popular Playaz dan syarikat rakaman, Def Jam Malaysia kembali bergabung dengan single kedua berjudul Dua Puluh.

Menariknya, single Dua Puluh menggabungkan lapan penyanyi rap popular iaitu, Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Ical Mosh, Benzooloo, B-Heart dan pendatang baharu, Juki.

Penerbitnya, Luca Sickta mendedahkan, bukan mudah untuk menggabungkan lapan penyanyi rap dalam sebuah lagu, terutamanya Ical Mosh yang cukup terkenal dalam arena muzik ‘underground’.

“Idea menggabungkan lapan penyanyi rap tercetus selepas kejayaan lagu Playaz. Menerusi lagu Playaz, kami menggabungkan enam penyanyi rap.

“Jadi, bagi menyuntik kelainan dalam Dua Puluh, kami gabungkan lapan orang penyanyi rap dalam satu lagu. Paling saya berpuas hati kami dapat bersama Ical Mosh dalam sebuah lagu.

LUCA SICKTA anggap penghasilan Dua Puluh sesuatu yang tidak mudah.

“Sebenarnya memang bukan mudah kerana setiap penyanyi mempu­nyai karakter dan stail rap berbeza,” jelas Luca pada sidang akhbar Dua Puluh baru-baru ini.

Cabaran semakin bertambah buat penerbit apabila sesi rakaman dilakukan ketika seluruh negara berada dalam Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Cabaran utama adalah sewaktu proses ‘mixing’ dan ‘mastering’. Hal ini kerana, rakaman dilakukan secara ber­asingan, jadi kualiti suara setiap pe­nyanyi berbeza.

“Menjadi tugas saya untuk mengimbangkan semua suara supaya berada dalam kualiti yang sama. Selain itu, rakaman video muzik juga terpaksa diubah demi mengejar waktu,” tutur Luca.

Meskipun lagu Dua Puluh merupakan sebuah lagu ‘brand’ yang diusahakan bersama jenama Playaz, namun karya yang digubah daripada lagu asal Marysia itu masih menepati selera peminat muzik hip-hop.

Tambah Kmy Kmo, setiap penyanyi menyuntik elemen peribadi menerusi lirik yang ditulis oleh mereka sendiri.

“Lagu ini adalah tentang perjuangan jenama Playaz selama 20 tahun dalam bidang pakaian. Playaz satu-satunya jenama tempatan yang masih bertahan sampai sekarang.

Jadi, kami mengangkat tema jatuh bangun dalam penulisan lirik.

“Setiap penyanyi mempunyai kebebasan dalam penghasilan lirik, tetapi mereka harus kekal dalam tema yang diberikan. Bagi saya projek ini sangat menarik, selain sempena sambutan ke-20 tahun jenama Playaz, lagu ini diharap dapat memberi impak kepada industri muzik hip-hop tempatan.

“Insya-Allah akan menjadi tradisi tahunan. Setiap tahun kita akan cuba hasilkan sebuah lagu hip hop baharu yang kembali ke akar umbi elemen hip hop itu sendiri,” ujar Kmy.

Istimewanya, dalam lagu Dua Puluh, Juki menjadi satu-satunya penyanyi rap wanita yang terpilih untuk berkongsi pentas dengan penyanyi rap popular lain.

JUKI (kanan) menjadi satu-satu bunga yang menyerikan dendangan hip-hop dalam Dua Puluh, manakala KMY KMO menjelaskan setiap penyanyi memberi suntikan tersendiri dalam lagu berkenaan.

Berjinak-jinak

Juki atau nama sebenarnya Nurfatihah Hamzah, 23, yang merupakan pemenang Playaz Rap Challenge 2020 mengakui terkejut dan agak gementar ketika menerima tawaran berkenaan.

“Saya rasa takut dan gementar apabila diberi peluang berkolaborasi dalam lagu Dua Puluh. Sebabnya saya berkongsi pentas dengan penyanyi rap terkenal, sedangkan saya baru setahun berjinak-jinak dalam lagu rap.

“Apa yang membimbangkan, nyanyian rap dan lirik saya tidak sama tahap dengan penyanyi lain. Namun, atas tunjuk ajar mereka, akhirnya saya berjaya memberi yang terbaik,” tutur Juki.

Tambah pelajar jurusan Animasi dan Multimedia di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu, sebelum ini dia hanya mendengar lagu rap menerusi radio.

Minat terhadap lagu rap bagaimanapun bercambah ketika awal PKP tahun lalu. Bermula sekadar ingin menghasilkan kandungan kreatif dalam Instagramnya, Juki semakin serius mendalami nyanyian rap selepas menerima banyak reaksi positif daripada pengikutnya.

“Mulanya sekadar suka-suka mahu buat ‘content’ Instagram. Akhirnya saya minat dan terus serius untuk menjadi penyanyi rap.

“Jika ikutkan saya bukanlah peminat rap, dahulu saya hanya dengar lagu rap di radio. Selepas mahu serius dalam rap saya mula buat kajian dan rujukan.

“Rupa-rupanya baru saya tahu banyak sangat lagu rap yang saya tidak pernah dengar. Insya-Allah jika diberi rezeki, saya akan terus serius dalam bidang seni,” katanya yang bakal mengeluarkan single tidak lama lagi.

Lagu Dua Puluh yang dilancarkan sejak 3 Disember lalu telah berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dam YouTube Music. Video muzik Dua Puluh boleh ditonton di YouTube Playaz Network.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI