fbpx

Kompaun RM1,000 tidak memadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kompaun RM1,000 kepada individu dan syarikat sudah tidak lagi memadai pada masa ini sekali gus perlu ditingkatkan melalui cadangan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 pindaan 2021).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini memandangkan ada syarikat memperoleh keuntungan berlipat kali ganda hingga jutaan ringgit sedangkan kesalahan dilakukan dikenakan kompaun RM1,000.

Menurutnya, menerusi cadangan pada pindaan itu juga, denda bagi kesalahan yang dilakukan oleh individu dan syarikat perlu diasingkan.

“Kita lihat banyak kesalahan berulang malah ada sehingga mencetuskan dua atau tiga kali kluster. Ini bermakna tindakan yang sepatutnya dijalankan oleh syarikat tersebut tidak dilaksanakan.

“Sebagai contoh, kilang sarung tangan yang mengaut keuntungan berjuta-juta dan apabila dikenakan denda mengikut Akta 1988, maksimum hanya RM1,000 jadi ia tidak berkesan,” katanya pada taklimat media berkenaan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 pindaan 2021) di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI