fbpx

Kerjasama rentas agensi perlu untuk tangani banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Pelaksanaan pembangunan dalam kawasan rizab atau koridor sungai dan sistem saliran dalaman yang tidak sempurna dikesan antara punca berlakunya banjir kilat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, penerokaan tanah secara haram juga dikenal pasti sebagai masalah kepada isu berkenaan lantas memerlukan kerjasama rentas agensi.

Menurut beliau, selain itu kejadian banjir kilat berlaku apabila taburan hujan melebihi kebiasaan dan tidak berpadanan dengan sistem saliran sedia ada.

“Selain itu, faktor semula jadi iaitu purata hujan tahunan yang tinggi bagi Semenanjung iaitu 2,500 milimeter (mm) dan kesan perubahan iklim menjadi pencetus kepada kejadian banjir kilat.

“Hujan lebat dalam tempoh panjang mengakibatkan sistem perparitan tidak mampu menampung air hujan sehingga mengakibatkan berlakunya bencana itu,” ujarnya semasa menjawab soalan lisan Loh Sze Yee (DAP- Jalong) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Jelas beliau, isu banjir kilat seharusnya ditangani secara serius, malah beliau bersetuju bahawa kerjasama sesama agensi diperlukan dalam memastikan sistem pengairan dan saliran terjaga serta diselenggara dengan baik.

Katanya, semua Jabatan dari pelbagai peringkat iaitu dari negeri, daerah dan mukim mempunyai peranan serta bidang kuasa masing-masing dalam mengatasi masalah banjir buatan manusia. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI