fbpx

Kerajaan Perak bantu 250 pelajar kematian ibu bapa akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seramai 250 pelajar sekolah di Perak yang menjadi anak yatim selepas bapa, ibu atau penjaga mereka meninggal dunia akibat Covid-19 akan dibantu daripada sudut sara hidup dan pendidikan.

Ia melibatkan empat pelajar yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, 158 pelajar kematian bapa, 77 kehilangan ibu dan 11 kematian penjaga.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan Program Teduhan Kasih Anak-anak Perak dengan peruntukan RM1 juta untuk menampung sara hidup dan pendidikan anak-anak tersebut sehingga berusia 21 tahun.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima data ini daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan senarai ini dalam tindakan siasatan Pejabat JKM Daerah bagi penentuan kelayakan bantuan berdasarkan syarat-syarat yang berkuatkuasa.

“Selain itu, kerajaan negeri juga berhasrat untuk memberikan bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada penjaga anak yatim dan yatim piatu ini dengan menggunakan skim saham FELCRA,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Tarmizi Idris (BN-Kenering) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Selain itu, jelas Saarani, Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berupa bantuan ‘one-off’ sehingga kadar maksimum RM5,000 turut disediakan kepada waris yang meninggal dunia akibat Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI