fbpx

Jakess selesai 161 tuntutan perceraian menerusi Sulh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Adib (depan tiga kanan) bersama peserta yang mengikuti program Komuniti Sulh dan Rakan BSK di Jakess, hari ini.

SHAH ALAM – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) berjaya menyelesaikan 161 kes melibatkan tuntutan selepas perceraian menerusi program Sulh (perdamaian) secara dalam talian sehingga September tahun ini.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Hussain berkata, Sulh adalah satu kaedah penyelesaian cepat, jimat dan fleksibel bagi membantu menamatkan pertikaian yang wujud tanpa mengeruhkan lagi keadaan pihak-pihak yang sedang menghadapi trauma perceraian.

Katanya, program Sulh yang selama ini beroperasi di mahkamah akan diperluaskan ke peringkat komuniti apabila ia boleh menyelesaikan hampir 50 peratus kes yang didaftarkan di mahkamah syariah.

“Kita mendapati menerusi program Sulh mampu menjimatkan masa apabila pada kebiasaannya kes yang didaftarkan mengambil masa selama 90 hari tetapi ia boleh dijimatkan antara sehari hingga kurang dua bulan sekiranya kedua-dua pihak mengikuti proses Sulh.

“Justeru orang awam yang sedang menghadapi pertikaian kekeluargaan boleh memilih sama ada dengan melalui proses perundangan di mahkamah atau memilih berdamai tanpa memanjangkannya ke muka pengadilan bagi menyelesaikan isu dan pertikaian yang timbul,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Komuniti Sulh dan Rakan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Jakess di sini hari ini.

Kata beliau, seramai 95 imam-imam masjid seluruh Selangor telah dilantik dalam program Kursus Asas Sulh yang diadakan sebanyak tiga siri sepanjang tahun 2019 manakala 140 lagi pegawai sulh wanita terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid pula selesai mengikuti kursus online tersebut pada November lalu.

Ujarnya, setiap peserta akan didedahkan dengan hak-hak dalam perkahwinan, isu dan tuntutan selepas perceraian, keganasan rumah tangga, penguatkuasaan perintah nafkah serta seumpamannya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI