fbpx

Isteri, dua anak MB Selangor positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masdiana (belakang, kanan) dan dua anaknya disahkan positif Covid-19 semalam.

SHAH ALAM – Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad dan dua anaknya disahkan positif Covid-19 semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang menjalani ujian PCR Covid-19 bagaimanapun disahkan negatif.

Amirudin dalam kenyataan akhbarnya berkata, beliau bagaimanapun akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu PCR kedua pada Khamis nanti.

“Saya ingin memaklumkan bahawa isteri saya, Masdiana Muhamad dan dua anak telah disahkan positif Covid-19 pada hari Isnin, 13 Disember.

“Alhamdulillah melalui keputusan PCR yang telah saya jalani, saya disahkan negatif. Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada hari Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak,” katanya.

Beliau memohon maaf atas sebarang kesulitan dan memohon semua pihak agar mendoakan kesihatannya sekeluarga.

Program terakhir dihadiri Amirudin adalah Majlis Penyerahan Cek bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Selangor di Batu Caves, Gombak pada 11 Disember lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI