fbpx

Gempa 7.3 skala Richter gegar Laut Flores

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi tersebut menggegarkan Laut Flores pada kedalaman 18.5 kilometer. – Twitter

JAKARTA – Satu gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan kawasan timur Indonesia hari ini, dengan pasukan pemantau mengeluarkan amaran tsunami sebelum menarik balik amaran tersebut.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak di bahagian utara pulau di Flores dalam wilayah Nusa Tenggara Timur.

“Saya berada di kawasan padang. Orang ramai lari bertempiaran. Saya masih takut,” kata seorang penduduk, Nuraini.

Tiada kerosakan utama atau kematian dilaporkan di kawasan-kawasan terjejas setakat ini, namun pihak berkuasa menggesa penduduk agar berwaspada.

Sementara itu, Ketua Daerah Flores Timur, Antonius Hubertus Gege Hadjon berkata, di lokasi-lokasi yang berhampiran dengan pusat gempa, ia masih dianggap selamat dan tiada sebarang kerosakan berlaku.

Gempa bumi tersebut menggegarkan Laut Flores pada kedalaman 18.5 kilometer (km), kata USGS yang turut mengesan pusat gempa pada kira-kira 100 km di utara pekan Maumere.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa tersebut tidak lagi memberi ancaman tsunami. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN