fbpx

Gejala buli, petunjuk kurikulum pendidikan agama gagal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Salim

GEORGE TOWN – Gejala buli yang masih berlaku dalam kalangan pelajar menjadi petunjuk bahawa kurikulum pendidikan agama dan moral yang digunakan di sekolah-sekolah selama ini gagal atau kurang berkesan dalam membentuk sahsiah para pelajar.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana isu senior membuli junior di sekolah-sekolah berasrama penuh ni muncul dari semasa ke semasa.

“Tidak syak lagi ini berkait rapat dengan ketandusan nilai akhlak dan kepincangan adab kesopanan dalam kalangan sebahagian pelajar kita yang perlu dicari jalan penyelesaian segera oleh pihak berwajib terutama Kementerian Pendidikan.

“Kita berpandangan bahawa gejala ini menunjukkan kepada hakikat bahawa kurikulum pendidikan agama dan moral yang digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan kita selama ini gagal atau kurang berkesan dalam pembentukan sahsiah para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular video mengenai kejadian buli membabitkan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Perak dan susulan kejadian itu Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) bertindak menamatkan pengajian 10 pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli itu.

Tambah beliau, mungkin ibu bapa juga patut dipertanggungjawabkan kerana menyerahkan pendidikan moral anak-anak sepenuhnya kepada sekolah.

“Bagaimanapun, tidak wajar menuding jari kepada mana-mana pihak dalam isu buli itu kerana tanggungjawab dalam pendidikan moral atau akhlak perlu dipikul bersama oleh ibu bapa, sekolah, masyarakat dan termasuk juga pihak media,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI