fbpx

Eto’o terima undian tertinggi dilantik Presiden FECAFOOT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ETO'O

AKAR – Bekas penyerang sensasi Barcelona, Samuel Eto’o dipilih menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Came­roon (FECAFOOT) selepas menerima undian tertinggi pada majlis pemilihan yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Eto’o yang kini berusia 40 tahun berjaya menewaskan pencabar terdekat yang juga bekas presiden badan induk tersebut, Seidou Mbombo Njoya yang hanya meraih 31 undian dengan perbezaan undi keseluruhan sebanyak 12 undian.

Kata Eto’o, keputusan untuk melantik individu yang arif dalam dunia bola sepak se­pertinya adalah cukup penting bagi melestarikan semula industri bola sepak Cameroon di pentas antarabangsa.

“Saya akan membentuk ahli eksekutif terdiri daripada bekas-bekas pemain bola sepak yang berdisiplin sebagai salah satu kriteria atau polisi penting dalam usaha menghidupkan kembali bola sepak di negara ini.

“Selain itu, saya juga akan berbincang dengan syarikat-syarikat berpengaruh sekiranya mereka berminat untuk menjadi penaja pasukan serta liga kebangsaan khususnya bagi mencungkil bakat di pe­ringkat akar umbi.

“Apa yang pasti, terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan saya tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan serta berjanji untuk menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” kata Eto’o yang juga pernah mewakili kelab Inter Milan.

Sebagai rekod, Eto’o dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman yang pernah dilahirkan Came­roon selain turut mendapat pengiktirafan empat kali sebagai pemain terbaik tahunan benua Afrika. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN