fbpx

Enam kluster baharu Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak enam lagi kluster baharu dikenal pasti, menjadi antara penyumbang kepada 4,097 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, terdapat 18 kes import manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 mencecah 2,699,240 kes.

“Sebanyak 86 kes (2.1 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 4,011 kes (97.9 peratus) kategori satu dan dua.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 4,301 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,610,610 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI