fbpx

Dua peniaga N9 dikesan jual brokoli, cili mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan dua peniaga yang disyaki melakukan kesalahan mencatut harga sayur-sayuran menerusi Ops Pasar 2021.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Abd. Muis Samsudin berkata, menerusi operasi yang dijalankan bermula 27 November hingga 12 Disember lalu, sebanyak 34 notis telah dikeluarkan kepada peniaga di dalam rantaian pengedaran sayur-sayuran di negeri ini.

“KPDNHEP Negeri Sembilan telah mengeluarkan 17 Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan dan 17 Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Daripada keseluruhan notis yang diberikan, dua peniaga disyaki melakukan kesalahan mencatut di bawah Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, peniaga pertama dikesan melakukan kesalahan itu bagi sayur jenis brokoli yang ditawarkan di premisnya.

“Hasil analisa mendapati kos yang terlibat dalam pembekalan item ini didapati menurun, namun begitu harga yang ditawarkan bagi setiap kilogram (brokoli) kekal tiada perubahan.

“Ini menyebabkan peratusan margin meningkat sebanyak 4.37 peratus daripada peratusan keuntungan maksimum yang dibenarkan pada tahun semasa,” katanya.

Jelas beliau, peniaga kedua pula dikesan melakukan kesalahan bagi cili merah minyak di mana peratusan keuntungan maksimum yang direkodkan adalah sebanyak 53.9 peratus berbanding peratusan keuntungan maksimum tahun semasa yang dibenarkan iaitu 44.01 peratus. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI