fbpx

Bicara diteruskan tanpa Guan Eng yang dirawat di IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng berhubung pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang, didengar di Mahkamah Sesyen di sini tanpa kehadiran tertuduh kerana beliau masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Hakim Azura Alwi memerintahkan perbicaraan diteruskan hari ini tanpa kehadiran bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan mengguna pakai Seksyen 264 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Sebelum itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memaklumkan, anak guamnya dimasukkan ke IJN sejak Ahad lalu dan menjalani prosedur perubatan semalam.

Ujar peguam bela, tertuduh diberi cuti sakit selama tiga hari sehingga esok.

Gobind berkata, jika perbicaraan diteruskan, mahkamah boleh mendengar dahulu keterangan tiga saksi formal tanpa kehadiran Guan Eng.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin meluahkan kekesalannya dengan ketidakhadiran Guan Eng pada prosiding tersebut walhal tiga saksi dari Pulau Pinang hadir dan bersedia memberi keterangan.

Ujarnya, Guan Eng telah mengadakan temu janji dengan doktor di IJN pada 7 Disember lalu dan memilih untuk dimasukkan ke wad pada Ahad sedangkan tertuduh mengetahui perbicaraan telah ditetapkan hingga esok.

Guan Eng didakwa atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dilantik melaksanakan projek itu yang bernilai berbilion ringgit.

Zarul Ahmad merupakan Pengarah CZBUCG yang dilantik sebagai kontraktor bagi projek berkenaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI