LANGKAWI – Seorang pelancong yang menggunakan perkhidmatan jet ski di Pantai Chenang di sini mendakwa dia diminta membayar RM5,000 bagi ganti rugi selepas jet ski itu terbalik kerana dipukul ombak.
Pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Dla Afindi menerusi hantarannya di page Langkawi Hari Ini mendakwa jet ski tersebut dinaiki oleh adiknya.
“Jetski dorang (adik saya) terbalik sebab ombak kuat. Mujur ada bot nampak je dorang minta tolong.
“Management follow kami utk penalty. Rupanya dalam borang ada nyatakan kalau jet ski terbalik kena bayar 5k. Berderauu daghah masa tu. Then dia minta 3K,” katanya.
Ujarnya lagi, penalti tersebut dinyatakan dalam borang yang perlu ditandatangani sebelum pengunjung menggunakan perkhidmatan tersebut.
“Dek kerana keseronokan dan keterujaan. Sampai lupa baca intipati dalam borang yang di sign (tandatangan). Sama je macam semalam, sign cepat2 sbb dorang suruh sign je kan,” ujarnya lagi.
Jelasnya lagi, pemilik jet ski kemudiannya meminta ganti rugi RM3,000 daripadanya.
“Masih lagi takut sbb amount tu banyak sangat. Sambil tu sempat google pasal ni. Ada yg dah pernah kena sama macam kami kena. Management kata nak repair jet ski sbb dah rosak.
“Setelah berbasa basi, ganti rugilah dengan nilai tutt. Maka berhuhuhuhu jelaa masa tu. Happy holiday korang!,” tambahnya. -K! ONLINE