fbpx

29 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 29 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,908 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di negara ini sebanyak 6,254 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Terengganu (5), Negeri Sembilan (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (3), Sarawak (3), Sabah (3), Selangor (3), Kedah (1), Pahang (1), Perlis (1) dan Pulau Pinang (1) serta tiada kematian di Johor, Melaka, Perak, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 57,926 kes aktif melibatkan 47,751 kes dikuarantin di rumah, 5,263 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,504 kes di hospital, 202 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 206 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,504 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (682 kes), Kelantan (455 kes), Johor (378 kes), Pahang (279 kes), Pulau Pinang (276 kes), Kedah (263 kes), Kuala Lumpur (218 kes), Perak (205 kes), Terengganu (193 kes), Sabah (181 kes), Melaka (143 kes), Negeri Sembilan (120 kes), Sarawak (47 kes), Putrajaya (32 kes), Perlis (24 kes) dan Labuan (lapan kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI