fbpx

Wanita maut jatuh atas kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berada dalam kenderaan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah flat lalu menimpa atas sebuah kereta yang diparkir di sebuah perumahan dekat Cheras, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 7.55 pagi.

“Pemeriksaan di tempat kejadian telah menemui seorang wanita tempatan berusia 62 tahun terbaring dalam sebuah kenderaan akibat terjatuh dari tingkat sembilan flat berkenaan.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di tiba di lokasi dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami masalah mental,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada unsur-unsur jenayah ditemui dalam insiden berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jelasnya, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta berhubung dengan Ketua Polis Balai Cheras, Asisten Superintendan Mohd. Redzuan Md. Darus di talian 03-92050301. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI