fbpx

Trafik sesak 15 km akibat kemalangan hampir 10 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai menyebabkan kesesakan kira-kira 15 km.

SEBERANG PERAI – Kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan termasuk sebuah bas di Kilometer (KM) 139.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Perai hari ini menyebabkan kesesakan teruk.

Kejadian yang dikatakan berlaku pukul 2 petang itu menyebabkan trafik perlahan sejauh 15 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila sebuah bas ekspres di lorong kanan telah melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum merempuh beberapa kenderaan lain.

“MPV itu dilihat dipandu agak perlahan di lorong kanan sebelum dilanggar dari belakang.

“Kemungkinan dalam sembilan ke sepuluh kenderaan terlibat dalam kemalangan, namun tidak pasti mengenai keadaan mangsa,” dakwanya.

Difahamkan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI