fbpx

Rugi RM26,200 terpedaya cabutan bertuah iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang remaja rugi RM26,200 selepas ditawarkan hadiah cabutan bertuah berupa telefon pintar jenis iPhone 12 Pro Max selepas membeli sehelai blaus berharga RM200 dari sebuah butik baru-baru ini.

Remaja perempuan berusia 17 tahun membuat pembelian blaus itu pada hujung bulan lalu selepas melihat jualan di Instagram butik yang dipercayai tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, mangsa dari Tanah Merah berminat membeli blaus itu selepas melihat iklan jualan di laman berkenaan.

Menurutnya, mangsa berurusan dengan peniaga butik itu menerusi mesej di Instagram sebelum diminta membuat pembayaran.

“Pada awal bulan ini, mangsa menerima mesej di aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai wakil butik pakaian berkenaan.

Mesej itu memaklumkan mangsa memenangi cabutan bertuah berupa iPhone 12 Pro Max dan diminta membuat bayaran terlebih dahulu sebagai wang jaminan.

“Mangsa seterusnya membuat pemindahan wang sebanyak RM1,000 ke satu akaun bank milik individu berbeza menggunakan perkhidmatan perbankan internet milik ibunya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Azizul berkata, mangsa kemudiannya diminta untuk membuat tiga lagi bayaran berjumlah RM7,000 ke akaun bank yang sama kononnya sebagai wang cagaran yang akan dipulangkan semula.

Beberapa hari kemudian, mangsa masih lagi diminta membuat bayaran yang kesemuanya berjumlah RM18,000 atas pelbagai tujuan antaranya membuka kata laluan iPhone dan kos penghantaran. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI