fbpx

Polis Pulau Pinang kutip saman RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menjaga penjarakan fizikal semasa membayar saman trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini. /FOTO IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang merekodkan kutipan bayaran saman sebanyak hampir RM5 juta sejak pelaksanaan tawaran diskaun 80 peratus saman trafik sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula Khamis lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Superintendan Zafri Zokapli berkata, keadaan di kaunter pembayaran saman pada masa ini juga terkawal serta tidak sesak dengan orang ramai seperti sebelumnya.

“Sepanjang 9 hingga 12 Disember lalu, hampir RM5 juta kutipan kompaun telah dikutip di Pulau Pinang.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil peluang menjelaskan saman mereka pada masa diskaun 80 peratus sehingga 31 Disember ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bagi mengelakkan kesesakan di kaunter trafik orang ramai boleh menjelaskan saman melalui portal dan aplikasi mudah alih antaranya my bayar saman, ATM Maybank, Pejabat Pos Malaysia.

Sementara itu, seorang pengguna, Hashim Yahya, 51, berkata, dia lega apabila kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini tidak lagi sesak seperti dua hari lepas.

“Saya cuba datang membayar saman pada Sabtu dan Ahad lalu, namun tak larat tunggu giliran beratur kerana terlalu ramai orang dan hari ini sudah tak ramai,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI