fbpx

‘Perangkap Wahab’ tunggu pak belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perangkap yang dipasang Perhilitan Kelantan untuk menangkap dua ekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Remau, Pos Bihai, Gua Musang. /FOTO IHSAN PERHILITAN

KOTA BHARU – Jabatan Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memasang dua perangkap harimau yang mengganggu penduduk di Kampung Badak, Pos Bihai, Gua Musang.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, ‘Perangkap Wahab’ dipasang di kawasan itu semalam dengan menggunakan umpan kambing.

“Operasi menangkap harimau belang ini perlu dilaksanakan berikutan ada pak belang yang masih berkeliaran di sekitar kawasan kampung kerana ada sumber makanan iaitu haiwan ternakan.

“Berdasarkan imej dan video yang dirakam penduduk kampung, keadaan fizikal kedua-dua harimau itu dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan di bahagian luarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, perangkap itu dipasang selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk Kampung Remau, Pos Bihai, Gua Musang, berhubung kehadiran dua harimau belang di kampung tersebut pada Jumaat lalu.

Perhilitan turut menerima beberapa keping gambar dan video binatang itu melalui aplikasi WhatApps daripada penduduk kampung. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI