fbpx

Pelajar kecewa pandemik ragut peluang hubungan intim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar universiti kecewa kerana pandemik menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk berkenalan dan bercinta. - Google

LONDON – Ramai pelajar yang kecewa kerana pandemik Covid-19 telah meragut peluang mereka untuk bersosial, bertindak mendapatkan bantuan kaunseling, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pakar-pakar kaunseling mengatakan, pelajar universiti, remaja berusia lewat belasan tahun dan awal 20-an,  menderita keresahan kerana pandemik Covid-19 telah menyebabkan mereka hilang peluang untuk bersosial dan melakukan hubungan intim.

Menurut data Tinjauan Perilaku Seksual Kebangsaan, golongan berusia 18 hingga 24 tahun melaporkan kemerosotan hubungan intim bagi tahun pertama pandemik di Britain.

“Kami mendapati, selepas setahun pandemik, orang ramai melaporkan kurang mempunyai pasangan, tidak bertemu pasangan baharu dan kurang melakukan hubungan intim,” kata penyiasat kaji selidik dari Universiti Glasgow, Profesor Kirstin Mitchell.

Seorang pelajar berusia 24 tahun menerusi mesej dalam forum online mengatakan bahawa dia telah terlepas peluang untuk mula bercinta semasa di universiti dan memandangkan dia kini sudah tamat pengajian, dia hanya berada di rumah dan kurang bersosial kerana bimbang dijangkiti Covid-19.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI