fbpx

Padam dan segera bertaubat – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN suami isteri dinasihatkan tidak mempamerkan gambar intim di media sosial kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Tindakan segelintir selebriti yang gemar memuat naik gambar intim bersama pasangan di media sosial agar segera memadamkannya dan bertaubat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, selebriti perlu ada sifat malu dan sifat itu sudah semakin terhakis daripada generasi pada masa kini.

“Sebagai contoh, terdapat segelintir selebriti yang tidak segan silu mempamerkan gambar intim dengan pasangan.

“Perbuatan sedemikian bercanggah dengan ajaran agama dan adat ketimuran terutama bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa yang bersopan santun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Wan Salim, agama Islam melarang umatnya daripada mendedahkan hubungan intim pasangan suami isteri kepada khalayak umum terutamanya melibatkan hubungan antara pasangan yang tidak mahram.

Beliau turut meminta agar mana-mana pihak yang telah memuat naik gambar sedemikian di media sosial untuk menarik semula atau memadamkannya daripada tontonan umum.

Beliau turut mengingatkan kepada semua umat Islam termasuklah golongan selebriti agar segera bertaubat serta mempu­nyai sifat malu dalam diri.

Dalam pada itu, Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysi, Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim pula menasihatkan suami isteri tidak berkongsi gambar tidak sopan di media sosial kerana ia dilarang dalam agama.

Nasihatnya itu berikutan gambar kemesraan selebriti yang se­ring dipaparkan di media sosial sehingga menjadi tohmahan ramai pihak.

“Kebahagiaan kita tidak perlu untuk diuar-uarkan dengan perkara maksiat apatah lagi ia dilarang dalam agama.

Sebelum ini, gambar kontroversi main buih pelakon Nora Danish bersama suami di dalam tab mandi di sebuah hotel me­ngundang kecaman netizen.

Lima foto yang dikongsi di Ins­tagram dan Facebook itu dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI