fbpx

Nama Najib masih ada dalam data pesalah rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih disiarkan dalam data pesalah rasuah Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) dengan status kes dipaparkan sedang dirayu.

Nama Najib tersenarai dalam pangkalan data itu bersama 444 pesalah lain. Portal itu juga mempamerkan tujuh pertuduhan yang dihadapi Najib.

Salah satunya ialah dia dituduh menggunakan jawatan sebagai Perdana Menteri untuk menyeleweng dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

Baru-baru ini, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaiatu dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang RM42 juta milik SRC.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas mahkamah membenarkan permohonan beliau untuk proses seterusnya.

Selepas hukuman itu dikekalkan, Najib telah membuat sumpah laknat menafikan yang dia terlibat dengan skandal tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI