fbpx

LZS sumbang bantuan persekolahan RM32.6 juta kepada pelajar asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabirin (belakang dua kanan) dan Anhar (tiga kanan) ketika menyampaikan sumbangan bantuan pendidikan kepada penerima hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

BANGI – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sumbangan bantuan pendidikan bagi sesi persekolahan tahun 2022 bernilai keseluruhan RM32.6 juta kepada 66,160 pelajar asnaf, fakir, miskin dan mualaf di seluruh negeri ini.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, agihan meliputi yuran persekolahan dan kelengakapan peralatan sekolah untuk setiap pelajar asnaf di negeri ini.

“Bagi bantuan yuran persekolahan, setiap anak asnaf akan menerima di antara RM100 hingga RM250 seorang, bergantung kepada tahap persekolahan mereka.

“Pelajar sekolah rendah kebangsaan mendapat kadar bantuan sebanyak RM170 seorang manakala pelajar sekolah rendah agame menerima kadar RM150 seorang dan pelajar sekolah menengah kebangsaan atau sekolah menengah agama menerima kadar RM200 seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pelancaran Bantuan Pendidikan Sesi Persekolahan Sesi Tahun 2022 di Dewan Auditorium Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Tambahnya, bantuan diagihkan melalui tiga kaedah pembayaran iaitu Direct Bank-In ke akaun ketua keluarga, baucer tunai di seluruh kaunter cawangan Bank Islam dan pembayaran secara tunai

Simbolik majis penyerahan itu disempurnakan Mufti Selangor, Datuk Anhar Opir. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI