fbpx

Klopp akui sukar jinakkan Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kiri) berjaya meledak gol kemenangan Liverpool menerusi sepakan penalti ketika mereka menewaskan Villa kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui perubahan posisi yang dilakukan terhadap kaptennya, Jordan Henderson membolehkan mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa kelmarin.

Menurut Klopp, menentang Villa yang dikendalikan oleh Steven Gerrard menyaksikan para pemainnya tidak diberikan ba­nyak ruang sehingga menyukarkan mereka mendapatkan jari­ngan pada perlawanan itu.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang disempurnakan oleh Mohamed Salah selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Tyrone Mings membolehkan Liverpool meraih kemenangan di Anfield.

Tindakan Villa menutup setiap ruang untuk memasuki kotak penalti memaksa Liverpool me­nukar strategi dengan bermain lebih terbuka dan Henderson berjaya melaksanakan tugasan itu dengan baik di sebelah kanan.

“Ya, kami lakukannya (menggunakan Henderson di bahagian lebih luar). Bukan hanya sebelah kanan, kami juga lakukan perkara sama di sebelah kiri.

“Cumanya, di sebelah kiri formasi agak berbeza, Thiago (Alcantara) tidak naik terlalu tinggi se­perti Sadio Mane dan Robbo (Andy Robertson).

“Kedudukan Jordan di posisi itu agak fleksibel. Peranannya beri perubahan kepada pasukan sehinggalah kami berjaya mendapatkan sepakan penalti itu,” kata Klopp.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI