fbpx

[KEMASKINI] Van polis antara 10 kenderaan kemalangan punca sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian pengguna media sosial yang berada di lokasi kejadian mendakwa kenderaan polis antara kira-kira 10 kenderaan terbabit kemalangan di KM139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah kenderaan polis antara kira-kira 10 buah kenderaan yang terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai di sini hari ini.

Menurut perkongsian pengguna media sosial, van polis jenis Toyota Hiace dari arah Seberang Jaya ke arah Juru itu antara yang terbabit selain kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan Honda Stream, kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Axia serta beberapa kenderaan lain.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat berhubung mangsa dalam kejadian tersebut setakat ini.

Difahamkan kenderaan-kenderaan itu telah dilanggar dari arah belakang selepas sebuah bas ekspres di lorong kanan gagal membrek dan merempuh belakang Toyota Vellfire.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung insiden itu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kesesakan teruk di lebuh raya itu berlaku sejauh kira-kira 15 km apabila kedua-dua lorong terhalang ekoran kejadian kira-kira pukul 2 petang berkenaan.

Difahamkan kesemua kenderaan yang terlibat berjaya dialihkan kira-kira pukul 5 petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI