fbpx

Jang Gyuri berehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG GYURI

AKIBAT mengalami masalah kesihatan kerana berasa pening dan sakit otot, penyanyi Jang Gyuri terpaksa membatalkan semua aktiviti seninya buat masa ini.

Menurut agensi naungan artis itu, Pledis Entertainment, Gyuri sebelum ini mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami masalah kesihatan.

Selepas menerima rawatan, doktor menasihatkan agar anggota kumpulan fromis_9 itu untuk berehat demi memberi fokus terhadap penyembuhan.

“Doktor memintanya berehat untuk jangka masa panjang. Atas nasihat doktor juga, dia dinasihatkan tidak menyertai aktiviti bersama fromis_9,” kata agensi tersebut.

Oleh sebab itu, Gyuri tidak dapat menyertai rakan kumpulannya yang lain pada persembahan acara Shinhan Bank SOL KBO Golden Glove yang berlangsung Jumaat lalu.

“Kami meminta peminat memahami situasi yang dihadapi Gyuri. Kami meletakkan kesihatan dan keselamatan artis paling utama dan berjanji akan memastikan Gyuri sembuh sepenuhnya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI