SEGAMAT – Pada pagi ini warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat dikejutkan dengan pemergian pegawainya, Mohd. Firdaus Sulaiman, 32, selepas cedera dalam operasi pemadaman sebuah kilang pada Sabtu lalu.
Rakan setugasnya, Syed Putra Syed Al-Atas, 52, yang cedera dalam insiden itu turut merasai kehilangan tersebut kerana Mohd. Firdaus merupakan seorang rakan karib di balai bomba berkenaan.
“Semasa di awal penularan Covid-19, arwah sering memberikan kata-kata semangat buat kami untuk terus berjuang.
“Kami banyak menghabiskan masa bersama termasuk makan dan kini ia hanya tinggal kenangan. Hubungan kami bagai sebuah keluarga besar,” katanya ketika ditemui di BBP Bandar Baru Segamat, hari ini.
Syed Putra mengenali arwah Mohd. Firdaus hampir 10 tahun apabila mereka ditugaskan di balai sama dan sering berkongsi pengalaman.
Berita berkaitan: Anggota bomba terlibat dalam insiden letupan meninggal dunia
Tambahnya, Mohdz Firdaus seorang yang periang dan sering dianggap sebagai ‘pembakar semangat’ kepada pasukan wira merah ini. -K! ONLINE