fbpx

Hasrat miliki rumah tak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZULFADLY (kiri) dan Mohd. Rosmaini (kanan) bersama dua lagi pemohon Rumah Perakku di Batu 10 Lekir, Sitiawan menunjukkan permohonan mereka ditolak di telefon bimbit masing-masing.

LUMUT – Kegembiraan sekumpulan penduduk Batu 10 Lekir, Sitiawan, dekat sini untuk memiliki kediaman sendiri melalui projek Rumah Perakku terhenti selepas permohonan pinjaman mereka tidak mendapat kelulusan bank dan dibatalkan.

Lebih malang apabila pembinaan rumah teres berkenaan yang dibangunkan berhampiran lebuh raya Persisir Pantai Barat (WCE) juga terpaksa dibatalkan ekoran pemaju tidak dapat meneruskan projek berkenaan.

Katanya, dia dan pemohon lain menerima surat daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) memaklumkan permohonan tersebut dibatalkan atas alasan tiada kelulusan daripada pihak bank.

“Kami memohon pada 2019 dan sudah menjalani temu duga, malah telah diberi nombor lot sehingga saya rasa lega kerana tidak perlu menyewa lagi.

“Kami kecewa apabila dimaklumkan projek tersebut dibatalkan, malah usaha berkali-kali menghubungi LPHP tetapi tidak dapat bercakap dengan pihak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada perjumpaan bersama Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli dan Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor berkenaan masalah itu di sini semalam.

Seorang lagi penduduk serta pemohon projek Rumah Perakku, Mohd. Rosmaini Mohd. Noh, 43, berkata, projek tersebut belum siap sepenuhnya.

Katanya, dia dimaklumkan hanya 24 unit rumah teres yang sudah dibina, manakala bakinya tergendala ekoran permohonan pemohon ditolak bank.

“Hanya 14 orang saja lulus dan diteruskan jualan, manakala selebihnya ditolak sedangkan pada peringkat LPHP sudah lepas cuma dibatalkan atas faktor kelulusan (pinjaman bank).

“Persoalan kami sekarang kenapa tidak lulus sedangkan rumah itu untuk golongan B40 dan saya berharap pihak berkenaan mengkaji semula perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi ketika dihubungi berkata, pemaju tidak dapat meneruskan projek berkenaan ekoran hanya 14 permohonan pembiayaan sahaja mendapat kelulusan bank.

Katanya, susulan itu 14 pemohon berkenaan ditawarkan perumahan kos rendah lain kerana sudah mendapat pembiayaan, manakala pemohon selebihnya sudah dimasukkan dalam senarai projek perumahan lain.

“Pemaju tidak dapat meneruskan projek rumah kos rendah sebab itu, kita menamatkan subsidi.

“Bagi mereka yang tidak mendapat kelulusan sudah dimasukan dalam senarai permohonan rumah lain, selain itu kerajaan negeri juga sedang mengenal pasti tapak untuk projek rumah kos rendah dalam usaha untuk memastikan mereka dapat peluang pembiayaan lain,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI