fbpx

Dua dalang sindiket pemalsuan dokumen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dokumen palsu yang dirampas dalam serbuan tersebut.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menahan dua lelaki warga Bangladesh yang juga dalang sindiket pemalsuan dokumen menerusi serbuan pada 6 Disember lalu.

Dalam serbuan di sebuah apartment di Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu kedua-dua suspek berusia 34 dan 37 itu berjaya dikesan susulan penahanan seorang lelaki warga Myanmar pada 25 November lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek sedang menyiapkan tempahan yang diterima iaitu pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pasport.

Beliau berkata, kedua-dua suspek cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditangkap oleh anggota serbuan.

“Pemeriksaan di lokasi serbuan turut menemui sebuah bilik yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis dokumen palsu.

“Antara yang dirampas adalah set peralatan komputer, mesin pencetak kad dan beberapa peralatan yang digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut menjumpai pelekat-pelekat keselamatan Imigresen, kad CIDB dan pasport pelbagai negara seperti India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar yang telah siap dicetak untuk diserahkan kepada pelanggan.

Khairul Dzaimee berkata, modus operandi sindiket adalah mengunakan orang tengah bagi mencari pelanggan yang memerlukan perkhidmatan mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI