fbpx

Cuepacs gesa kerajaan kaji semula elaun anggota bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula Elaun Bayaran Insentif Bomba (Elaun BIB) yang diterima anggota JBPM ketika ini iaitu sebanyak RM110 sebulan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, jumlah itu disifatkan tidak setimpal dengan bebanan dan risiko tugas anggota JBPM yang diarahkan bekerja 12 jam tanpa sebarang tuntutan untuk tugasan lebih masa.

“Jumlah RM110 itu bersamaan dengan RM1.10 sejam untuk waktu operasi syif 12 jam dan hanya sekitar 80 sen setiap jam jika bertugas untuk syif 24 jam.

“Mengikut kronologi, elaun BIB yang diterima oleh anggota JBPM adalah RM27.50 pada tahun 1990-an sebelum dinaikkan kepada RM90 pada tahun 2000 dan RM110 pada tahun 2007,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Adnan mat menjelaskan, sebelum ini, JBPM telah memohon untuk menaikkan elaun BIB, namun sehingga kini masih belum diputuskan oleh kerajaan.

“Kadar elaun semasa yang diterima ini sangat kecil dan memerlukan kajian semula selepas 14 tahun.

“Peningkatan elaun perkhidmatan merupakan salah satu inisiatif yang boleh diberikan kerajaan bagi menghargai anggota JBPM selain memastikan segala peralatan yang diterima mematuhi piawaian keselamatan dan diselenggara dengan baik,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI