fbpx

Cuaca buruk di 3 negeri sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat waspada bagi tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Johor pada pagi ini.

MetMalaysia dalam laporan di laman Youtube berkata, keadaan cuaca buruk tersebut dijangka berterusan sehingga esok.

“Ia melibatkan seluruh kawasan di Terengganu dan di Pahang pula membabitkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin. Di Johor melibatkan kawasan Kota Tinggi dan Mersing,” katanya.

Orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan diingatkan supaya berjaga-jaga dengan keadaan cuaca serta kemungkinan banjir. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI