fbpx

Cikgu terkejut dapat Perodua Aruz sempena persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad gembira berada di sisi Perodua Aruz.

SEREMBAN – Seorang guru tidak menyangka perkhidmatannya selama 35 tahun sebagai guru subjek matametik dan matametik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (KTK) atau Tunku Kurshiah College (TKC) diberi balasan sebuah kenderaan utiliti sukannya (SUV), Perodua Aruz.

Ahmad Bidin, 58, yang bakal menyambut hari lahir 16 Disember ini diraikan dalam Majlis Seluhur Budi Kasih Abadi di Hotel Royale Chulan, di sini malam semalam.

Menurut Ahmad, kebiasaannya, majlis persaraan dianjurkan di sekolah, namun, bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) susulan membabitkan penglibatan bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar majlis berkenaan diadakan di hotel.

“Sampai ke saat ini, saya masih terfikir-fikir sebab utama bekas pelajar terdiri daripada 38 batch pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit ini.

“Tak terkata saya dibuatnya, namun saya mengucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya yang tidak seberapa ini dalam mendidik mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI