SELEPAS berpisah dengan bekas isterinya, Angelina Jolie, pelakon Brad Pitt mengakui sukar untuk mendekati mana-mana wanita bagi mengisi kekosongan hatinya.
Ujar pelakon berusia 57 tahun itu, dia pernah cuba untuk menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita, namun tidak bertahan lama dan berakhir dengan perpisahan.
“Saya mencari seorang wanita yang boleh membuatkan saya menjalinkan hubungan dalam jangka waktu lama.
“Masalahnya sekarang saya benci untuk memulakan sesuatu hubungan baharu dengan mana-mana wanita itu,” dedahnya.
Memetik laporan US Weekly, Pitt kini lebih menumpukan perhatian terhadap keluarga serta kerjaya lakonannya.
Pada saat ini, dikhabarkan pelakon itu kini sedang berkawan baik dengan pelakon Andra Day sejak pertengahan April lalu.