fbpx

150 peserta daftar program ‘Kursus Mutawif Norma Baharu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Presiden HRD Corp, Mohd. Nazri Sabri (tengah) diiringi oleh Sarina (dua kanan) beramah mesra bersama sebahagian peserta 'Kursus Mutawwif Norma Baharu' dalam program hari ini. /FOTO AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Seramai 150 orang peserta akan mengikuti program ‘Kursus Mutawif Norma Baharu’ anjuran Tri-D Event And Management Sdn. Bhd. bermula hari ini hingga 17 Disember depan.

Pengarah Urusannya, Sarina Sharif berkata, objektif penganjuran program tersebut bagi menarik minat generasi muda masa kini untuk menjana pendapatan dengan menjadi seorang mutawif atau mutawifah.

“Program ini diharap dapat menarik minat generasi muda untuk menjana dan menambahkan pendapatan melalui kerjaya sebagai mutawif atau mutawifah.

“Ini seterusnya dapat meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan bagi kumpulan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program ‘Kursus Mutawif Norma Baharu’ di Wisma Lembaga Jurukur Tanah di sini hari ini.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan membantu para peserta untuk mendaftarkan diri di dalam aplikasi ‘Jana’prenuer’.

“Ia adalah sebuah aplikasi e-dagang, bertujuan untuk membantu para mutawif dan mutawifah mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

“Aplikasi tersebut akan menghubungkan mutawif atau mutawifah dengan aplikasi e-dagang yang lain seperti Shopee, Lazada dan Carousell,” ujarnya.

Tambahnya, aplikasi itu juga disediakan untuk membantu para mutawif dan mutawifah seorang yang berilmu serta serba boleh. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI