fbpx

Lelaki 71 tahun terperangkap dalam rumah ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anilisida menunjukkan rumah keluarga yang terbakar sehingga mengorbankan ayahnya di Kampung Tanjong Rendang, Pasir Mas hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Seorang lelaki warga emas rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Tanjung Rendang di sini hari ini.

Mangsa, Abdul Manan @ Zakaria Ismail, 71, tinggal di rumah berkenaan seorang diri dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi itu.

Anak mangsa, Anilisida, 40, berkata, semasa kejadian berlaku dia dan suami, Muhammad Amin Cong Abdullah, 49, sedang menyiapkan kuih-muih untuk dijual sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kecil dari rumah ayahnya yang terletak di sebelah rumah mereka.

Menurutnya, sejurus mendengar letupan itu suami dan anak sulung, Muhammad Hakim, 20, terus bergegas ke rumah ayahnya untuk melihat keadaan yang berlaku.

“Apabila membuka pintu rumah kami, api sudah marak selain asap tebal menyebabkan suami dan anak tidak mampu untuk menyelamatkan ayah.

“Rumah saya dan ayah sebenarnya berkembar. (Rumah) kami hanya dipisahkan dengan pintu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI