fbpx

Verstappen tempah petak utama di Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Verstappen tempah petak utama dua tahun berturut-turut di Abu Dhabi.

ABU DHABI – Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen membawa bekalan terbaik menjelang perlumbaan terakhir Formula Satu (F1) 2021 di Grand Prix (GP) Abu Dhabi selepas menempah petak utama sebentar tadi.

Sudah pasti aksi terbaik yang dipamerkan Verstappen di Litar Yas Marina itu memberi sedikit kelegaan kepadanya yang ketika ini sedang memburu gelaran dunia F1 selepas mencatat masa terpantas 1 minit 22.109 saat.

Tekanan pasti terarah kepada seteru utamanya dari Mercedes selepas Lewis Hamilton terpaksa berpuas hati menamatkan saingan kedua terpantas dan akan memulakan saingan di petak kedua.

“Perasaan yang menakjubkan pada hari ini dan perkara paling menggembirakan ialah kami berjaya perbaiki jentera pada hari ini. Saya sangat gembira dengan apa yang kami capai di Yas Marina.

“Sudah pasti saingan tidak mudah terutamanya prestasi Mercedes sangat baik pada sesi latihan mahupun kelayakan,” kata Verstappen.

Hamilton yang sedang mencipta sejarah F1 dengan mengejar gelaran dunia kelapan mengakui pasukannya melakukan dengan baik dan berharap keajaiban perlumbaan esok.

“Verstappen melakukan dengan hebat hari ini, kami tidak dapat mengejar catatan yang dilakukannya. Apa pun, kami berada dalam kedudukan yang baik dan saya harap kami dapat mengharungi perlumbaan yang baik nanti,” kata Hamilton.

Sementara itu, Lando Norris (McLaren) melakukan pemandu terbaik apabila menempah petak ketiga dan rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez tempah petak keempat terpantas Sementara itu, Valtteri Bottas sekadar enam terpantas. -K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI