SEJAK pemergian Allahyarham Siti Sarah, empat anaknya bersama Shuib mula menjadi perhatian ramai.
Terbaharu, anak sulung dan ketiga pasangan tersebut iaitu Uwais Alqarni dan Ariq Matin mencuri perhatian umum selepas si ayah membawa mereka menggunting rambut.
Biarpun masih kanak-kanak, netizen memuji Uwais dan Matin mempunyai wajah yang kacak serta comel terutama selepas rambut panjang mereka dipotong.
Lebih lucu, ada yang menyamakan wajah Matin dengan seorang pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zaquan.
“Muka macam Aidil Zaquan pemain bola sepak,” puji seorang netizen.
Sementara wajah Uwais pula sememangnya akan disamakan seperti arwah ibunya